Langkau ke kandungan

Carian popular

Template e-mel: gambaran keseluruhan

Dikemas kini

Template ialah reka bentuk e-mel yang anda simpan dan gunakan semula dalam kempen. Anda mereka bentuk e-mel itu sekali sahaja. Kemudian, anda memilih template itu setiap kali anda mencipta kempen baru. Semua template anda ada di page Templates dalam console Mail Niaga.

Page ini menyenaraikan semua template yang sudah anda cipta.

  1. Log masuk ke console Mail Niaga.
  2. Di sidebar kiri, klik Campaigns → Templates.

Menu Templates di bawah Campaigns dalam sidebar, dan page Templates

Butang Create template di bahagian atas membuka galeri untuk mencipta template baru. Langkahnya ada dalam Cipta template e-mel daripada galeri.

Mail Niaga mempunyai dua jenis template. Cara anda mengedit template bergantung pada jenisnya.

Jenis Cara cipta Cara edit
Template builder Pilih reka bentuk daripada galeri, kemudian klik Create & Design. Klik Edit pada kad, atau Open builder dalam menu …. Template dibuka dalam email builder (seret dan lepas), tanpa kod.
Template Custom HTML Klik Edit as Custom HTML pada template builder, kemudian paste HTML anda sendiri. Klik Edit HTML pada kad, atau dalam menu ….

Template builder boleh ditukar menjadi template Custom HTML, tetapi bukan sebaliknya. Baca Guna HTML sendiri (Custom HTML) sebelum anda menukarnya.

Bar di atas senarai membantu anda mencari template apabila anda mempunyai banyak template.

Kawalan Fungsi
Search templates… Cari template mengikut nama.
All categories Filter mengikut kategori: Base, Simple atau Extended.
Sort by date / Sort by name Susun mengikut tarikh atau nama.
Butang grid dan list Tukar kepada paparan kad (Grid view) atau baris (List view). Browser anda mengingati pilihan ini.

Kotak carian, pilihan kategori dan susunan, dan butang Grid view dan List view

Setiap kad menunjukkan nama template dan tarikh template itu dicipta (Created). Template daripada galeri juga menunjukkan kategorinya, contohnya Base. Jika template itu pernah diubah, kad juga menunjukkan tarikh template itu kali terakhir diubah (Edited).

Setiap kad mempunyai menu tiga titik (…) di sebelah nama template. Isi menu ini bergantung pada jenis template.

Jenis Menu … pada kad
Template builder Open builder, Edit as Custom HTML, Preview, Rename, Copy, Delete
Template Custom HTML Edit HTML, Preview, Rename, Copy, Delete

Menu kad template builder: Open builder, Edit as Custom HTML, Preview, Rename, Copy dan Delete

Dalam paparan list, setiap baris mempunyai ikon Edit (atau Edit HTML) dan Preview, dan menu tiga titik menegak di hujung baris. Menu itu hanya mempunyai Rename, Copy dan Delete, serta Edit as Custom HTML untuk template builder.

Pratonton menunjukkan rupa e-mel sebelum anda menggunakannya dalam kempen.

  1. Klik … pada kad, kemudian klik Preview. Cara lain: halakan tetikus ke kad, kemudian klik Preview.
  2. Klik ikon desktop, tablet atau telefon untuk melihat e-mel pada saiz skrin itu.
  3. Untuk menjadikan gambar e-mel ini sebagai thumbnail kad, klik Capture as thumbnail.
  4. Klik Close untuk menutup pratonton.

Popup Preview dengan butang saiz skrin dan Capture as thumbnail

Nama baru akan dipaparkan dalam senarai template dan semasa anda memilih template untuk kempen.

  1. Klik … pada kad, kemudian klik Rename.
  2. Dalam Template name, taip nama baru.
  3. Klik Save.

Popup Rename template dengan ruangan Template name dan butang Save

Copy template apabila anda mahukan reka bentuk baru yang hampir sama dengan template sedia ada. Template asal tidak berubah.

  1. Klik … pada kad, kemudian klik Copy.
  2. Dalam Name for the copy, semak atau tukar nama. Nama default ialah “Copy of” diikuti nama template.
  3. Klik Create copy.

Salinan menyimpan semua kandungan dan reka bentuk template asal.

Template yang dipadam tidak boleh dipulihkan.

  1. Klik … pada kad, kemudian klik Delete.
  2. Mail Niaga bertanya “Are you sure?” dengan nama template. Klik Delete untuk memadam, atau Cancel untuk membatalkan.

Pengesahan Are you sure? untuk memadam template, dengan butang Cancel dan Delete

  • Beri nama yang jelas kepada setiap template. Contohnya “Newsletter bulanan” atau “Promosi hujung tahun”. Anda akan nampak nama itu semasa memilih template untuk kempen.
  • Copy template dahulu sebelum anda mengubah template yang sudah berfungsi. Jika perubahan tidak menjadi, template asal masih ada.
  • Simpan thumbnail untuk template yang selalu anda gunakan. Kad dengan gambar lebih mudah dicam berbanding ikon grey.

Isu-isu biasa

Di mana menu Template? Saya tidak jumpa di menu atas.

Menu sudah berubah. Klik Campaigns → Templates di sidebar kiri console Mail Niaga.

Saya mencari nama template, tetapi "No templates yet" dipaparkan. Adakah template saya hilang?

Tidak. Mesej yang sama dipaparkan apabila carian tidak menemui apa-apa template. Kosongkan kotak carian dan pilih All categories untuk melihat semua template anda.

Kenapa kad template saya hanya menunjukkan ikon gambar grey?

Template itu belum mempunyai thumbnail. Buka Preview, kemudian klik Capture as thumbnail untuk menyimpan gambar e-mel sebagai thumbnail kad.

Adakah artikel ini membantu?