Langkau ke kandungan

Carian popular

Mail Niaga SMTP: tambah & sahkan domain

Dikemas kini

Artikel ini untuk pelanggan Mail Niaga SMTP, iaitu akaun SMTP yang berasingan daripada console Mail Niaga. Sebelum anda menghantar e-mel melalui Mail Niaga SMTP, tambah sending domain anda dan sahkan domain itu dengan rekod DNS.

Jika anda menghantar kempen dalam console Mail Niaga, gunakan Sending → Sending domains dalam console itu.

Ikut langkah ini dalam akaun Mail Niaga SMTP anda:

  1. Log masuk ke akaun Mail Niaga SMTP dengan akses yang diberi kepada anda.
  2. Dalam menu atas, klik Domain.
  3. Klik Add Domain.
  4. Masukkan nama domain anda, contohnya example.my, kemudian klik Save.
  5. Dalam senarai domain, klik nama domain itu untuk melihat rekod DNS.

Copy setiap rekod DNS ke tetapan DNS domain anda, contohnya di Cloudflare atau panel hosting anda. Nama lajur mungkin sedikit berbeza dalam setiap panel DNS.

Satu domain hanya boleh mempunyai satu rekod SPF. Jika domain anda sudah menggunakan Google Workspace atau Office 365 untuk e-mel, gabungkan semua include dalam satu rekod:

E-mel domain anda Rekod SPF
Tiada e-mel lain v=spf1 a mx include:<include Mail Niaga SMTP> ~all
Google Workspace v=spf1 mx include:<include Mail Niaga SMTP> include:_spf.google.com ~all
Office 365 v=spf1 mx include:<include Mail Niaga SMTP> include:spf.protection.outlook.com ~all

Ganti <include Mail Niaga SMTP> dengan nilai include dalam senarai rekod DNS akaun anda.

Selepas semua rekod DNS ditambah, ikut langkah ini:

  1. Buka semula domain itu dalam akaun Mail Niaga SMTP.
  2. Klik VERIFY NOW.
  3. Semak mesej dalam popup, kemudian klik OK.

Apabila semua rekod betul, status domain bertukar kepada verified.

  • Semak rekod SPF dengan alat SPF lookup. Pastikan rekod anda sah dan jumlah DNS lookup tidak melebihi 10.
  • Buang include yang anda tidak gunakan lagi. Setiap include menambah satu lookup. Jika lookup melebihi 10, SPF akan gagal.

Isu-isu biasa

Bagaimana saya menulis rekod SPF jika saya menggunakan Google Workspace?

Satu domain hanya boleh mempunyai satu rekod SPF. Gabungkan include daripada Mail Niaga SMTP dengan include:_spf.google.com dalam rekod yang sama.

Kenapa domain saya masih belum verified selepas saya mengklik VERIFY NOW?

Rekod DNS mungkin belum tersebar. Tunggu beberapa jam, kemudian klik VERIFY NOW semula. Pastikan juga setiap rekod di-copy dengan tepat, tanpa ruang kosong tambahan.

Adakah artikel ini membantu?