Lupa password
Jika anda terlupa password console Mail Niaga, anda boleh reset password itu sendiri. Mail Niaga menghantar link ke alamat e-mel akaun anda. Melalui link itu, anda memilih password baru.
Minta link reset password
Section titled “Minta link reset password”Buat langkah ini pada page log masuk console Mail Niaga:
-
Buka manage.mailniaga.com.
-
Klik Forgot password?.

-
Pada page Reset your password, masukkan alamat e-mel akaun anda dalam ruangan Email.
-
Klik Send reset link.

Page menunjukkan mesej We have e-mailed your password reset link!. Mail Niaga menghantar e-mel yang mengandungi link ke alamat itu.
Untuk kembali ke page log masuk tanpa meminta link, klik Back to log in.
Tetapkan password baru
Section titled “Tetapkan password baru”Buat langkah ini selepas anda menerima e-mel tersebut. Link dalam e-mel itu hanya boleh digunakan selama 60 minit:
- Buka e-mel daripada Mail Niaga dan klik link reset password.
- Pada page Set a new password, pastikan alamat e-mel dalam ruangan Email betul.
- Masukkan password baru dalam ruangan New password.
- Masukkan password yang sama dalam ruangan Confirm password.
- Klik Reset password.
Selepas password ditukar, Mail Niaga terus membuka console untuk anda, dan anda tidak perlu log masuk semula. Jika 2FA di-on-kan untuk akaun anda, console meminta kod 2FA dahulu. Lain kali, log masuk dengan password baru. Lihat Log masuk ke console Mail Niaga.
Jika link sudah tamat tempoh, page menunjukkan This password reset token is invalid. Minta link baru dengan mengikut langkah di atas.
- Minta link sekali sahaja, kemudian tunggu beberapa minit. E-mel itu mungkin mengambil sedikit masa untuk sampai. Hanya link yang terbaru boleh digunakan.
- Jangan kongsi e-mel reset password. Sesiapa yang mempunyai link itu boleh menukar password akaun anda.
Isu-isu biasa
Kenapa saya tidak menerima e-mel untuk reset password?
Pastikan anda memasukkan alamat e-mel akaun anda. Semak folder spam, junk atau promotions. Kemudian minta link sekali lagi.
Kenapa page menunjukkan mesej We can't find a user with that e-mail address?
Tiada akaun Mail Niaga dengan alamat e-mel itu. Semak ejaan, atau cuba alamat e-mel lain yang anda gunakan semasa mendaftar.
Kenapa page menunjukkan mesej This password reset token is invalid?
Link itu sudah tamat tempoh atau sudah digunakan. Minta link baru melalui Forgot password? pada page log masuk.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. Chat di Messenger dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
