Langkau ke kandungan

Carian popular

Kongsi page pendaftaran list (public signup page)

Dikemas kini

Setiap list dalam Mail Niaga mempunyai page pendaftaran awam (Public signup page). Kongsi link page itu di bio Instagram, status WhatsApp, e-mel atau poster. Orang ramai boleh melanggan list anda walaupun anda tiada laman web.

Mail Niaga mempunyai tiga cara untuk pelawat melanggan list anda. Pilih cara mengikut tempat anda mahu mengumpul subscriber:

Cara Di mana Sesuai apabila
Borang popup Audience → Forms Anda mempunyai laman web dan mahu borang muncul di atas page. Lihat Cipta borang popup.
Embedded form Forms / Pages → Embedded form dalam list Anda mahu paste kod HTML borang terus ke dalam page laman web anda.
Public signup page Forms / Pages → Public signup page dalam list Anda tiada laman web, atau mahu satu link untuk dikongsi.

Ikut langkah ini untuk copy link:

  1. Pergi ke Audience → Lists dan buka list anda.

  2. Klik Forms / Pages → Public signup page.

    Menu Forms / Pages dengan Public signup page

  3. Copy link di Public signup page URL.

    Public signup page URL di page template

Setiap list mempunyai link sendiri. Pastikan anda membuka list yang betul sebelum link itu di-copy.

Page pendaftaran menunjukkan nama list anda, list field seperti Email, First name dan Last name, kotak persetujuan terma dan butang Subscribe. Klik Preview untuk melihat page ini sebelum anda berkongsi link.

Page pendaftaran yang pelawat lihat

Secara default, teks page ini dalam bahasa Inggeris. Tukar teks dan rupa page supaya sesuai dengan jenama anda.

Ikut langkah ini untuk mengubah page pendaftaran:

  1. Buka Forms / Pages → Public signup page dalam list anda.
  2. Klik Open builder untuk mengubahnya dengan builder, atau Use HTML editor untuk paste HTML anda sendiri.
  3. Klik Preview untuk menyemak hasilnya.

Butiran tentang builder, HTML editor dan Reset to default terdapat dalam Ubah page dan e-mel langganan list.

  • Tukar teks default sebelum anda berkongsi link. Page default menggunakan teks contoh dalam bahasa Inggeris, jadi pelawat mungkin keliru.
  • Gunakan satu list untuk satu tujuan. Link pendaftaran terikat pada satu list. Jadi list khas untuk satu kempen atau acara lebih mudah diurus.

Isu-isu biasa

Bagaimana orang boleh melanggan list saya jika saya tiada laman web?

Kongsi Public signup page URL list anda. Link itu membuka page pendaftaran yang Mail Niaga sediakan. Jadi anda tidak memerlukan laman web sendiri.

Di mana menu "Sign Up Form" dan "Sign Up Form URL" yang lama?

Menu itu sudah bertukar. Buka list anda, kemudian klik Forms / Pages → Public signup page. Link page itu terdapat di Public signup page URL.

Boleh saya menukar rupa page pendaftaran?

Boleh. Klik Open builder untuk mengubahnya dengan builder, atau Use HTML editor untuk paste HTML anda sendiri. Lihat Ubah page dan e-mel langganan list.

Adakah artikel ini membantu?