Sahkan alamat e-mel dalam list
Pengesahan e-mel menyemak setiap alamat dalam list anda, sama ada alamat itu boleh menerima e-mel atau tidak. Sahkan list sebelum kempen pertama, terutamanya list yang lama atau yang di-import. Dengan itu, lebih sedikit e-mel yang bounce.
Anda boleh mengesahkan alamat dengan tiga cara:
- semua alamat yang belum disahkan dalam satu list, di tab Email verification
- subscriber yang anda pilih, di tab Subscribers
- satu subscriber, di page profilnya
Sahkan semua alamat dalam list
Section titled “Sahkan semua alamat dalam list”Cara ini menyemak setiap subscriber dalam list yang belum pernah disahkan.
-
Log masuk ke console Mail Niaga.
-
Klik Audience → Lists, kemudian buka list yang anda mahu.
-
Klik tab Email verification.

Anda juga boleh klik ikon tiga titik pada baris list di page Lists, kemudian Email verification.
-
Semak kad di bahagian atas: Total subscribers, Verified, Unverified dan Credits available. Kemudian klik Start verification.

-
Popup Verify all unverified contacts menunjukkan bilangan alamat yang belum pernah disemak. Klik Verify N contacts (N ialah bilangan alamat) untuk memulakan pengesahan, atau Cancel untuk membatalkan.

Setiap alamat yang disemak menggunakan satu kredit pengesahan, seperti yang dinyatakan dalam popup itu. Jika semua alamat dalam list sudah ada keputusan, popup tidak dibuka, dan mesej “There is nothing to verify: every contact in this list already has a result.” dipaparkan. Gunakan tab Subscribers untuk menyemak semula alamat tertentu (lihat bahagian seterusnya).
Ikuti kemajuan
Section titled “Ikuti kemajuan”Selepas anda memulakan pengesahan, larian baru dipaparkan dalam jadual Verification runs. Jadual ini menunjukkan Contacts, Progress, Status, Started dan Actions bagi setiap larian.
| Status | Maksud |
|---|---|
| Queued | Larian menunggu giliran. |
| Running | Alamat sedang disemak. |
| Completed | Semua alamat dalam larian sudah disemak. |
| Failed | Larian gagal. |
| Cancelled | Larian dihentikan. |
Klik Stop untuk menghentikan larian yang sedang berjalan. Alamat yang sudah disemak kekal dengan keputusannya. Klik Remove untuk membuang larian yang sudah tamat daripada jadual.
Baca keputusan pengesahan
Section titled “Baca keputusan pengesahan”Kad Verification results menunjukkan bilangan dan peratus alamat bagi setiap keputusan.

Keputusan yang sama dipaparkan dalam lajur Verification di tab Subscribers:
| Keputusan | Maksud |
|---|---|
| Deliverable | Alamat wujud dan boleh menerima e-mel. |
| Undeliverable | Alamat tidak wujud atau tidak boleh menerima e-mel. |
| Risky | Alamat mungkin boleh menerima e-mel, tetapi peti melnya tidak dapat disemak dengan pasti. Banyak alamat syarikat mendapat keputusan ini. |
| Unknown | Server pengesahan tidak dapat memberikan jawapan. |
| Unverified | Alamat belum pernah disahkan. Lajur Verification menunjukkan tanda sempang. |
Kempen dan automasi dihantar kepada alamat Deliverable, Risky dan alamat yang belum disahkan. Alamat Undeliverable dan Unknown tidak menerima kempen atau automasi.
Untuk membuang semua keputusan dalam list, klik Reset verification data pada kad Verification controls. Butang ini hanya dipaparkan apabila list ada alamat yang sudah disahkan. Tindakan ini tidak boleh dibatalkan.
Sahkan subscriber yang anda pilih
Section titled “Sahkan subscriber yang anda pilih”Cara ini sesuai jika anda mahu menyemak sebahagian subscriber sahaja, atau menyemak semula alamat yang sudah ada keputusan.
-
Buka list, kemudian klik tab Subscribers.
-
Tanda subscriber yang anda mahu, atau gunakan filter, kemudian klik Select → All subscribers.
-
Klik Actions → Verify these contacts.

-
Popup Verify selected contacts menunjukkan bilangan alamat dan kredit yang akan digunakan. Klik Start verification.
Alamat yang pernah disahkan akan disemak semula, dan keputusan lamanya diganti.
Sahkan satu subscriber
Section titled “Sahkan satu subscriber”Anda juga boleh menyemak seorang subscriber di page profilnya.
-
Di tab Subscribers, klik alamat e-mel subscriber itu.
-
Pada kad Email verification, pilih Mail Niaga Validator dalam Select verification server….
-
Klik Verify now.

Selepas semakan, kad itu menunjukkan keputusan dan tarikh Last checked. Klik Reset verification untuk membuang keputusan subscriber itu.
Kredit pengesahan
Section titled “Kredit pengesahan”Setiap alamat yang disemak menggunakan satu kredit pengesahan. Baki kredit anda dipaparkan pada kad Credits available di tab Email verification. Untuk melihat kredit dalam pelan anda, lihat Langganan dan kredit anda.
- Sahkan list sebelum kempen pertama. E-mel kepada alamat yang tidak wujud akan bounce, dan bounce yang banyak menjejaskan reputasi penghantaran anda.
- Sahkan selepas setiap import yang besar. List daripada sistem lain selalunya ada alamat yang sudah tidak aktif.
- Bersihkan alamat Undeliverable selepas pengesahan. Lihat Bersihkan list daripada alamat tidak sah.
Isu-isu biasa
Kenapa popup tidak dibuka dan mesej "There is nothing to verify" dipaparkan selepas saya klik Start verification?
Semua subscriber dalam list itu sudah ada keputusan pengesahan. Untuk menyemak semula sebahagian daripada mereka, pilih mereka di tab Subscribers, kemudian klik Actions → Verify these contacts.
Di mana saya boleh memilih Mail Niaga Validator?
Untuk seluruh list, anda tidak perlu memilihnya: tab Email verification tidak meminta anda memilih server. Pilihan Mail Niaga Validator hanya dipaparkan apabila anda mengesahkan satu subscriber di page profilnya.
Adakah pengesahan menggunakan kredit?
Ya. Setiap alamat yang disahkan menggunakan satu kredit pengesahan. Baki anda dipaparkan pada kad Credits available di tab Email verification.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. Chat di Messenger dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
