Langkau ke kandungan

Carian popular

Masukkan penderma Beri Salam ke list Mail Niaga

Dikemas kini

Borang derma Beri Salam boleh memasukkan penderma terus ke list Mail Niaga anda. Anda tidak perlukan Pabbly lagi. Beri Salam menggunakan API token Mail Niaga anda untuk menambah setiap penderma sebagai subscriber.

Anda perlukan akaun Mail Niaga yang mempunyai sekurang-kurangnya satu list, dan akses ke console Beri Salam.

Ikut langkah ini dalam console Mail Niaga:

  1. Klik API dalam sidebar.
  2. Dalam bahagian Your API token, klik Copy.

Simpan token ini di tempat yang selamat. Token ini memberi akses kepada data akaun Mail Niaga anda. Lihat Dapatkan dan tukar API token.

Anda membuat tetapan ini dalam Beri Salam. Anda tidak membuatnya dalam Mail Niaga. Ini ringkasan langkah-langkahnya:

  1. Dalam console Beri Salam, buka borang derma anda dan pergi ke Mail Niaga Setup.
  2. Pilih tab Mail Niaga v2, kemudian on-kan Enable Mail Niaga v2.
  3. Paste token anda dalam API Token, kemudian klik Fetch Lists.
  4. Pilih list anda dalam List, kemudian klik Submit & Save.

Langkah penuh ada dalam Beri Salam Help: Sambung borang derma ke Mail Niaga.

  • Off-kan workflow Pabbly yang lama. Jika workflow lama masih aktif, Pabbly dan Beri Salam akan menghantar penderma yang sama ke Mail Niaga.
  • Buat satu list untuk setiap kempen derma. Dengan cara ini, anda boleh menghantar e-mel yang sesuai kepada penderma bagi setiap kempen.

Isu-isu biasa

Adakah saya masih perlukan Pabbly untuk Beri Salam?

Tidak. Borang derma Beri Salam ada tetapan Mail Niaga sendiri. Selepas tetapan baru berfungsi, anda boleh off-kan workflow Pabbly yang lama. Dengan cara ini, penderma yang sama tidak dihantar dua kali.

Kenapa Beri Salam menunjukkan "Error loading lists. Please check your credentials."?

API token yang anda paste salah, atau token itu sudah dijana semula. Copy token sekali lagi daripada page API dalam console Mail Niaga. Kemudian klik Fetch Lists sekali lagi.

Adakah artikel ini membantu?