Sambung WordPress dengan Mail Niaga SMTP (FluentSMTP)
Artikel ini untuk pemilik laman WordPress yang mempunyai akaun Mail Niaga SMTP. Dengan plugin FluentSMTP, e-mel dari laman anda (borang, pesanan, reset password) dihantar melalui Mail Niaga SMTP. Jadi e-mel itu lebih mudah sampai ke inbox.
Sebelum anda bermula, tambah dan sahkan domain anda dalam akaun Mail Niaga SMTP.
Dapatkan butiran SMTP
Section titled “Dapatkan butiran SMTP”Butiran sambungan terdapat dalam akaun Mail Niaga SMTP anda:
- Log masuk ke akaun Mail Niaga SMTP.
- Dalam menu atas, klik SMTP Account.
- Klik nama organisasi anda.
- Copy host, port, username dan password dalam bahagian SMTP Connections.
Simpan password itu dengan selamat. Jangan kongsi password itu dalam e-mel atau mesej.
Install FluentSMTP
Section titled “Install FluentSMTP”Ikut langkah ini dalam admin WordPress:
- Klik Plugins → Add New Plugin.
- Cari “FluentSMTP”, kemudian klik Install Now.
- Klik Activate.
Tambah sambungan Mail Niaga SMTP
Section titled “Tambah sambungan Mail Niaga SMTP”Sediakan butiran daripada SMTP Connections, kemudian ikut langkah ini:
- Klik Settings → FluentSMTP.
- Klik Add Connection.
- Pilih SMTP Server.
- Isi From Email dengan alamat pada domain yang sudah verified, dan From Name dengan nama perniagaan anda.
- Isi SMTP Host dan SMTP Port daripada SMTP Connections.
- Pilih Encryption yang sepadan dengan port itu.
- Isi SMTP Username dan SMTP Password.
- Klik Save Connection Settings.
Hantar e-mel ujian
Section titled “Hantar e-mel ujian”Hantar e-mel ujian untuk memastikan sambungan berfungsi:
- Dalam FluentSMTP, buka tab Email Test.
- Masukkan alamat e-mel anda sendiri.
- Klik Send Test Email.
- Semak inbox anda.
Anda juga boleh menyemak rekod penghantaran dalam Activity di akaun Mail Niaga SMTP.
- Gunakan From Email pada domain yang verified. E-mel dari domain lain lebih mudah masuk ke folder Spam.
- Hantar e-mel ujian selepas setiap perubahan. Anda akan tahu dengan cepat jika butiran sambungan salah.
Isu-isu biasa
Apa yang perlu saya semak jika e-mel ujian FluentSMTP gagal?
Pastikan SMTP Host, SMTP Port, SMTP Username dan SMTP Password sama tepat dengan butiran dalam akaun Mail Niaga SMTP. Pastikan juga Encryption sepadan dengan port, dan domain dalam From Email sudah verified.
Kenapa e-mel sampai tetapi masuk ke folder Spam?
Domain dalam From Email mungkin belum verified, atau rekod SPF belum betul. Sahkan domain itu dahulu dalam akaun Mail Niaga SMTP.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. Chat di Messenger dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
