Langkau ke kandungan

Carian popular

Cipta borang popup untuk laman web anda

Dikemas kini

Borang popup ialah borang langganan yang muncul di atas page laman web anda. Setiap borang disambung kepada satu list. Pelawat yang mengisi borang itu terus masuk ke list tersebut sebagai subscriber.

Anda memerlukan list, dan laman web yang sudah didaftarkan di Integration → Websites dengan tracking code yang sudah di-install.

Ikut langkah ini untuk mencipta borang popup:

  1. Pergi ke Audience → Forms.

  2. Klik Create form.

    Page Forms dengan butang Create form

  3. Isi Form name, contohnya “Borang langganan page utama”.

  4. Pilih list di Connect to list.

  5. Di Form template, pilih satu reka bentuk daripada tab Base.

  6. Klik Create form. Builder borang akan dibuka.

    Popup Create form dengan Form name, Connect to list dan Form template

Builder mempunyai tiga panel di sebelah kanan:

Panel Kegunaan
Layouts Tukar reka bentuk borang kepada layout lain.
Design Seret ruangan list (Form Fields), Terms of Service dan widget lain seperti Heading atau Image ke dalam borang.
Settings Tukar nama borang, list (Mail list), Overlay opacity dan Display trigger.

Klik Preview di bahagian atas untuk melihat borang dalam page baru. Klik Save untuk menyimpan reka bentuk.

Ikut langkah ini untuk menetapkan bila popup keluar di laman web:

  1. Dalam builder, klik Settings di sebelah kanan.
  2. Pilih satu pilihan di Display trigger.
  3. Klik Save settings.

Panel Settings dalam builder dengan Display trigger After delay dan ruangan Wait time (seconds)

Jadual ini menerangkan pilihan di Display trigger:

Pilihan Bila popup muncul
Immediately Sebaik sahaja page dibuka.
First visit only Hanya pada lawatan pertama pelawat.
After delay Selepas beberapa saat. Isi bilangan saat di Wait time (seconds).
On element click Apabila pelawat klik satu butang atau link di page anda. Isi ID atau selector elemen itu di Element ID or selector.
On exit intent Apabila pelawat hendak keluar dari page.

Senarai di Audience → Forms menggunakan nama lain untuk pilihan yang sama. Contohnya, Immediately dipaparkan sebagai On page load.

Popup hanya keluar di laman web yang anda sambungkan. Ikut langkah ini:

  1. Dalam builder, klik Integrate to your website pada bingkai laman di atas borang. Jika borang sudah disambung, klik Edit pada bingkai itu.
  2. Dalam popup Connect your site, pilih laman anda di Website.
  3. Klik Connect.

Popup Connect your site dengan ruangan Website dan butang Connect

Jika laman web anda tiada dalam senarai, klik Sites management untuk menambah laman dan copy tracking code. Paste kod itu sebelum tag </body> di laman anda.

Borang baru berstatus Draft dan tidak muncul di laman web. Klik Publish di bahagian atas builder untuk menyiarkan borang. Untuk berhenti menyiarkan borang, klik Unpublish.

Anda juga boleh menguruskan borang daripada senarai di Audience → Forms. Menu … pada setiap borang mempunyai Preview, Unpublish (atau Publish untuk borang draf) dan Delete.

Di Integration → Websites, lajur Status menunjukkan sama ada tracking code sudah berfungsi. Laman yang berstatus Inactive belum menghantar isyarat daripada tracking code. Oleh itu, popup belum boleh keluar di laman itu.

Page Websites dengan status Inactive

  • Uji borang dengan Preview sebelum anda publish. Preview menunjukkan borang sebenar tanpa menyiarkannya di laman web.
  • Gunakan On exit intent untuk laman yang pelawatnya cepat keluar. Popup ini tidak mengganggu pelawat yang sedang membaca.
  • On-kan double opt-in pada list borang. Subscriber perlu mengesahkan e-mel mereka dahulu, jadi list anda kekal bersih.

Isu-isu biasa

Kenapa mesej "Cannot save form" keluar apabila saya menyimpan borang?

Borang belum lengkap. Setiap borang mesti mempunyai satu ruangan Email dan satu Submit button. Setiap ruangan wajib dalam list juga mesti ada dalam borang. Tambah ruangan yang tiada daripada panel Design, kemudian klik Save semula.

Kenapa popup tidak keluar di laman web saya selepas saya publish borang?

Periksa tiga perkara. Pertama, borang berstatus Published. Kedua, borang sudah disambung ke laman web. Dalam builder, bingkai laman menunjukkan alamat laman anda, dan bukan Integrate to your website. Ketiga, tracking code sudah di-install di laman web. Di Integration → Websites, laman berstatus Inactive selagi tracking code belum berfungsi.

Apa beza borang popup dengan embedded form?

Borang popup muncul di atas page laman web anda, dan anda menguruskannya di Audience → Forms. Embedded form ialah kod HTML yang anda paste terus ke dalam page. Jika anda tidak mempunyai laman web, gunakan page pendaftaran list.

Adakah artikel ini membantu?