# Sambung WordPress dengan Mail Niaga SMTP (FluentSMTP)

> Hantar e-mel laman WordPress melalui Mail Niaga SMTP dengan plugin FluentSMTP, kemudian hantar e-mel ujian untuk menyemak sambungan.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/smtp-wordpress/

Artikel ini untuk pemilik laman WordPress yang mempunyai akaun **Mail Niaga SMTP**. Dengan plugin FluentSMTP, e-mel dari laman anda (borang, pesanan, reset password) dihantar melalui Mail Niaga SMTP. Jadi e-mel itu lebih mudah sampai ke inbox.

Sebelum anda bermula, [tambah dan sahkan domain](https://docs.mailniaga.com/ms/smtp/) anda dalam akaun Mail Niaga SMTP.

## Dapatkan butiran SMTP

Butiran sambungan terdapat dalam akaun Mail Niaga SMTP anda:

1. Log masuk ke akaun Mail Niaga SMTP.
2. Dalam menu atas, klik **SMTP Account**.
3. Klik nama organisasi anda.
4. Copy host, port, username dan password dalam bahagian **SMTP Connections**.

Simpan password itu dengan selamat. Jangan kongsi password itu dalam e-mel atau mesej.

## Install FluentSMTP

Ikut langkah ini dalam admin WordPress:

1. Klik **Plugins** → **Add New Plugin**.
2. Cari "FluentSMTP", kemudian klik **Install Now**.
3. Klik **Activate**.

## Tambah sambungan Mail Niaga SMTP

Sediakan butiran daripada **SMTP Connections**, kemudian ikut langkah ini:

1. Klik **Settings** → **FluentSMTP**.
2. Klik **Add Connection**.
3. Pilih **SMTP Server**.
4. Isi **From Email** dengan alamat pada domain yang sudah verified, dan **From Name** dengan nama perniagaan anda.
5. Isi **SMTP Host** dan **SMTP Port** daripada **SMTP Connections**.
6. Pilih **Encryption** yang sepadan dengan port itu.
7. Isi **SMTP Username** dan **SMTP Password**.
8. Klik **Save Connection Settings**.

## Hantar e-mel ujian

Hantar e-mel ujian untuk memastikan sambungan berfungsi:

1. Dalam FluentSMTP, buka tab **Email Test**.
2. Masukkan alamat e-mel anda sendiri.
3. Klik **Send Test Email**.
4. Semak inbox anda.

Anda juga boleh menyemak rekod penghantaran dalam **Activity** di akaun Mail Niaga SMTP.

## Tips

- **Gunakan From Email pada domain yang verified.** E-mel dari domain lain lebih mudah masuk ke folder Spam.
- **Hantar e-mel ujian selepas setiap perubahan.** Anda akan tahu dengan cepat jika butiran sambungan salah.

## Isu biasa

### Apa yang perlu saya semak jika e-mel ujian FluentSMTP gagal?

Pastikan SMTP Host, SMTP Port, SMTP Username dan SMTP Password sama tepat dengan butiran dalam akaun Mail Niaga SMTP. Pastikan juga Encryption sepadan dengan port, dan domain dalam From Email sudah verified.

### Kenapa e-mel sampai tetapi masuk ke folder Spam?

Domain dalam From Email mungkin belum verified, atau rekod SPF belum betul. Sahkan domain itu dahulu dalam akaun Mail Niaga SMTP.
