# Cipta borang popup untuk laman web anda

> Bina borang popup dalam console Mail Niaga, pilih bila popup muncul, dan sambungkan ke laman web anda untuk mengumpul subscriber baru.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/forms/

Borang popup ialah borang langganan yang muncul di atas page laman web anda. Setiap borang disambung kepada satu list. Pelawat yang mengisi borang itu terus masuk ke list tersebut sebagai subscriber.

Anda memerlukan list, dan laman web yang sudah didaftarkan di **Integration** → **Websites** dengan tracking code yang sudah di-install.

## Cipta borang baru

Ikut langkah ini untuk mencipta borang popup:

1. Pergi ke **Audience** → **Forms**.
2. Klik **Create form**.

   *(Screenshot: Page Forms dengan butang Create form)*

3. Isi **Form name**, contohnya "Borang langganan page utama".
4. Pilih list di **Connect to list**.
5. Di **Form template**, pilih satu reka bentuk daripada tab **Base**.
6. Klik **Create form**. Builder borang akan dibuka.

   *(Screenshot: Popup Create form dengan Form name, Connect to list dan Form template)*

## Ubah reka bentuk borang

Builder mempunyai tiga panel di sebelah kanan:

| Panel | Kegunaan |
|---|---|
| **Layouts** | Tukar reka bentuk borang kepada layout lain. |
| **Design** | Seret ruangan list (**Form Fields**), **Terms of Service** dan widget lain seperti **Heading** atau **Image** ke dalam borang. |
| **Settings** | Tukar nama borang, list (**Mail list**), **Overlay opacity** dan **Display trigger**. |

Klik **Preview** di bahagian atas untuk melihat borang dalam page baru. Klik **Save** untuk menyimpan reka bentuk.

## Pilih bila popup muncul

Ikut langkah ini untuk menetapkan bila popup keluar di laman web:

1. Dalam builder, klik **Settings** di sebelah kanan.
2. Pilih satu pilihan di **Display trigger**.
3. Klik **Save settings**.

*(Screenshot: Panel Settings dalam builder dengan Display trigger After delay dan ruangan Wait time (seconds))*

Jadual ini menerangkan pilihan di **Display trigger**:

| Pilihan | Bila popup muncul |
|---|---|
| **Immediately** | Sebaik sahaja page dibuka. |
| **First visit only** | Hanya pada lawatan pertama pelawat. |
| **After delay** | Selepas beberapa saat. Isi bilangan saat di **Wait time (seconds)**. |
| **On element click** | Apabila pelawat klik satu butang atau link di page anda. Isi ID atau selector elemen itu di **Element ID or selector**. |
| **On exit intent** | Apabila pelawat hendak keluar dari page. |

Senarai di **Audience** → **Forms** menggunakan nama lain untuk pilihan yang sama. Contohnya, **Immediately** dipaparkan sebagai **On page load**.

## Sambung borang ke laman web

Popup hanya keluar di laman web yang anda sambungkan. Ikut langkah ini:

1. Dalam builder, klik **Integrate to your website** pada bingkai laman di atas borang. Jika borang sudah disambung, klik **Edit** pada bingkai itu.
2. Dalam popup **Connect your site**, pilih laman anda di **Website**.
3. Klik **Connect**.

*(Screenshot: Popup Connect your site dengan ruangan Website dan butang Connect)*

Jika laman web anda tiada dalam senarai, klik **Sites management** untuk menambah laman dan copy tracking code. Paste kod itu sebelum tag `</body>` di laman anda.

## Publish borang

Borang baru berstatus **Draft** dan tidak muncul di laman web. Klik **Publish** di bahagian atas builder untuk menyiarkan borang. Untuk berhenti menyiarkan borang, klik **Unpublish**.

Anda juga boleh menguruskan borang daripada senarai di **Audience** → **Forms**. Menu **...** pada setiap borang mempunyai **Preview**, **Unpublish** (atau **Publish** untuk borang draf) dan **Delete**.

## Semak status laman web

Di **Integration** → **Websites**, lajur **Status** menunjukkan sama ada tracking code sudah berfungsi. Laman yang berstatus **Inactive** belum menghantar isyarat daripada tracking code. Oleh itu, popup belum boleh keluar di laman itu.

*(Screenshot: Page Websites dengan status Inactive)*

## Tips

- **Uji borang dengan Preview sebelum anda publish.** Preview menunjukkan borang sebenar tanpa menyiarkannya di laman web.
- **Gunakan On exit intent untuk laman yang pelawatnya cepat keluar.** Popup ini tidak mengganggu pelawat yang sedang membaca.
- **On-kan double opt-in pada list borang.** Subscriber perlu mengesahkan e-mel mereka dahulu, jadi list anda kekal bersih.

## Isu biasa

### Kenapa mesej "Cannot save form" keluar apabila saya menyimpan borang?

Borang belum lengkap. Setiap borang mesti mempunyai satu ruangan Email dan satu Submit button. Setiap ruangan wajib dalam list juga mesti ada dalam borang. Tambah ruangan yang tiada daripada panel Design, kemudian klik Save semula.

### Kenapa popup tidak keluar di laman web saya selepas saya publish borang?

Periksa tiga perkara. Pertama, borang berstatus Published. Kedua, borang sudah disambung ke laman web. Dalam builder, bingkai laman menunjukkan alamat laman anda, dan bukan Integrate to your website. Ketiga, tracking code sudah di-install di laman web. Di Integration → Websites, laman berstatus Inactive selagi tracking code belum berfungsi.

### Apa beza borang popup dengan embedded form?

Borang popup muncul di atas page laman web anda, dan anda menguruskannya di Audience → Forms. Embedded form ialah kod HTML yang anda paste terus ke dalam page. Jika anda tidak mempunyai laman web, gunakan page pendaftaran list (/ms/signup-page/).
