Automasi emel membolehkan untuk emel dihantar secara berkala kepada subscribers (pelanggan) atau berdasarkan triggered condition yang diinginkan.

Berikut adalah contoh automasi untuk subscriber baru yang daftar ke Mailing List.

  1. Login ke akaun Mail Niaga V2.
  2. Di bahagian menu atas, klik pada Automations dan klik pada Add New Automation.
  3. Satu popup akan dipaparkan senarai automasi yang boleh disetkan. Untuk tutorial ini boleh pilih Welcome New Subscriber.
  4. Pilih Mailing List yang berkenaan. Untuk create Mailing List boleh rujuk disini.
  5. Sekiranya Mailing List terdapat fungsi segment boleh pilih atau boleh tinggalkan kosong untuk setkan kepada semua user di Mailing List tersebut. Kemudian klik Confirm.
  6. Setkan nama automasi anda. Kemudian klik Get Started.
  7. Berikut adalah paparan untuk setkan flow automation anda. Boleh klik pada ikon + seperti nombor 1 untuk setkan flow. Setelah selesai setkan flow yang anda inginkan boleh klik Save dan Go Back.
  8. Di bahagian hujung sebelah kanan automasi yang anda telah cipta sebentar tadi, klik pada ikon dropdown dan klik enable.

Rujuk video tutorial berikut: