Dari menu dashboard, klik pada View all lists seperti dalam gambar di bawah.

Di paparan ini tuan puan dapat melihat:

ID ID unik untuk setiap list (digunakan untuk integrasi dengan API)
List Senarai list
Active Jumlah subscriber yang aktif melanggan newsletter
Unsubscribed Jumlah subscriber yang telah membatalkan langganan newsletter
Bounced Jumlah email yang tidak sampai ke inbox subscriber
*ini kerana email customer tidak valid ataupun customer melabelkan email tuan puan sebagai spam

Dari paparan senarai list, klik pada Add a new list.

Isikan nama list yang tuan puan inginkan dan klik Add.