Dari menu dashboard, klik All campaigns. Di bawah adalah senarai campaign yang telah di blast (jika ada).

Campaign Nama kempen untuk newsletter yang dihantar
Recipient Jumlah penerima untuk kempen ini
Sent Tarikh kempen dihantar
Unique Opens Penerima yang membuka emel yang dihantar
Unique Clicks Penerima yang klik pada sebarang link dalam newsletter kempen
Duplicate Fungsi duplicate kempen sedia ada untuk digunakan untuk kempen seterusnya
Delete Delete kempen

Klik button Create & Send New Campaign untuk mulakan drafting kempen.

Tuan puan boleh pilih sama ada ingin create campaign baru daripada kosong atau mengunakan template sedia ada. Macam mana nak create template baru?

Jika tuan puan memilih mengunakan template sedia ada, maklumat di sebelah kiri akan diisi secara automatik oleh sistem tetapi tuan puan boleh mengubahnya sekira perlu.

Nota: Untuk maklumat emel, dicadangkan menggunakan emel seperti yang didaftarkan untuk mengelak daripada sebarang masalah undelivered/failed kepada recipient.

Jika tuan puan telah selesai menyunting newsletter, klik pada “Save & next” untuk ke bahagian seterusnya iaitu blast newsletter.

Tuan puan boleh attach file (jika ada) dengan klik pada Choose Files untuk memilih file yang ingin disertakan bersama newsletter.

Save Newsletter akan di save dan tuan puan masih berada di bahagian menyunting newsletter tersebut
Save & next Newsletter akan di save dan tuan puan akan dibawa ke bahagian pilih list subscriber dan blast newsletter

Tuan puan boleh menguji hantar newsletter kepada email tuan puan terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran sebenar yang bakal diterima oleh subscriber dengan memasukkan email address tuan puan di ruangan berkaitan dan klik button Test send this newsletter.

Pilih list subscriber ataupun segment yang terlibat untuk kempen yang akan di blast. Bagaimana caranya untuk buat segment dari list sedia ada?

Di sini tuan puan dapat blast emel secara terus (klik pada button Send newsletter now!) ataupun menjadualkan penghantaran pada satu masa dan tarikh yang sesuai (scheduled campaign) untuk tuan puan dengan klik pada Schedule this Campaign.

Tuan puan juga berupaya untuk menyunting kembali newsletter dengan klik pada button Edit newsletter.