Unsubscribe Link adalah sangat penting dalam menjaga reputasi emel bagi mengelakkan emel di mark sebagai spam oleh emel provider seperti google, yahoo dan sebagainya. Kebanyakan penerima emel akan mark sebagai spam sekiranya mereka tidak dapat untuk unsubscribe emel yang diterima.
Berikut adalah langkah langkah bagi memasukkan unsubscribe tag di newsletter anda.
Cara Pertama : Essential Tags (HTML only)
01. Di bahagian menu editor, klik pada butang “Source”. untuk tukar kepada HTML Editor.
02. Disebelah bawah, copy unsubscribe tag yang disediakan. Kemudian paste di bahagian editor seperti nombor 2. Setelah selesai, klik pada butang source sekali lagi untuk kembali kepada editor asal.
Cara Kedua : Essential Tags
01. Tulis Unsubscribe Here kemudian highlight. Kemudian klik pada ikon link seperti nombor 2 di dalam gambar dibawah.
02. Disebelah bawah, copy unsubscribe tag seperti gambar dibawah. Kemudian paste di ruangan URL seperti berikut. Kemudian di bahagian Protocol pilih <other>. Setelah selesai klik OK.
Untuk semak sama ada link yang dimasukkan telah berjaya atau tidak, anda boleh cuba klik di link yang telah dipaparkan atau boleh hover di link berikut dan url akan dipaparkan di bawah sebelah kiri.
Berikut adalah paparan bagi unsubscribe link yang betul dan berfungsi dengan baik.