Integrasi ini memerlukan sistem/portal;

 

  1. Mail Niaga V2
  2. Berisalam
  3. Pabbly

Langkah 1 : Konfigurasi di Mail Niaga

  • Perlu sediakan Mailing List di Mail Niaga V2 boleh rujuk “Cara Create Mailing List Baru“.
  • Mailing List ID boleh di ambil di bahagian url seperti gambar rajah di bawah. Mailing List ID = “6506bc0e8bf51” akan digunakan di Pabbly nanti.

Langkah 2 : Berisalam

  • Pastikan anda telah mempunyai form Donation yang lengkap. Klik edit pada form yang berkaitan seperti gambar rajah di bawah.
  • Di bahagian bawah klik pada segmen Webhook.
  • Berikut adalah paparan Webhook yang mana perlu dimasukkan url (boleh dapatkan di langkah seterusnya).

Langkah 3 : Pabbly

  • Daftar atau log-in masuk ke akaun Pabbly. Di bahagian Dashboard, klik butang Create Workflow dan masukkan detail berkaitan dan klik Create.
  • Cari App “Webhook by Pabbly” kemudian pilih “Catch Webhook (Prefered)” di bahagian Trigger Event.
  • Klik butang copy pada Webhook URL untuk kemaskini di portal berisalam.
  • Kemaskini ruang URL dengan Webhook URl pabbly. Kemudian klik butang “Send Test Payload Data”. 1 popup notifikasi akan di paparkan sekiranya berjaya.
  • Di Pabbly juga akan paparkan data yang telah dihantar oleh portal Berisalam seperti berikut.
  • Cari dan Pilih Apps “Acelle Mail” bagi Mail Niaga v2.
  • Pilih Action Event sebagai Add Subscriber.
  • Kemudian Klik butang Connect.
  • Di Mail Niaga v2, di bahagian menu klik pada API untuk dapatkan API Endpoint dan API Token.
  • Kemaskini API Token dan API Endpoint kemudian klik Save.
  • Pilih List ID yang berkaitan dan setkan Data daripada Webhook untuk Email, Nama dan Phone.
  • Setkan Email, First Name, Phone menggunakan Data yang dihantar oleh Berisalam menerusi webhook seperti berikut.
  • Reponse Received setelah klik butang Save & Send Test Request.
  • Data yang telah di Send Test telah masuk ke Mailing List Mail Niaga.