Personalization Tag membolehkan anda menghantar email kepada subscriber dengan menggunakan maklumat yang dikumpul di dalam list.

Contoh : Hai Ahmad.

Jika subscriber seorang, mungkin tiada masalah. Namun macamana kalau list subsriber kita beribu. Takkan nak tulis satu-satu. Di sini Personalization Tag memainkan peranan. Di sistem newsletter, anda boleh dapatkan personalization pada bahagian bawah semasa anda ingin menulis kempen. Anda  juga boleh dapatkan personalization tag di Custom Field.

Merujuk kepada contoh di atas, personalization tag [Name,fallback=]  digunakan untuk memasukkan nama bagi subscriber di dalam list. Oleh itu, apabila email dihantar, setiap nama yang ada di dalam list akan muncul di tag [Name,fallback=].

Sekiranya list Tuan/Puan menggunakan custom field, Personalization tag untuk custom field  boleh digunakan di dalam email. Berikut merupakan contoh personalization tag bagi custom field.

Berikut merupakan contoh penggunaan personalization tag di dalam email:

Contoh email yang akan diterima oleh subscriber ialah :

Hai Ahmad,

Terima Kasih kerana telah mendaftarkan No Telefon 0139887878 di sistem kami

Sekian…