01. Di bahagian menu utama, klik pada Template.
Di halaman Templates akan dipaparkan senarai templat sedia ada (My templates) yang dicipta sebelum ini dan templat contoh (Base Template Gallery) yang boleh digunakan untuk cipta templat baru.
02. Untuk cipta templat baru boleh klik pada butang Create. Untuk muat naik templat yang telah tersedia boleh klik pada butang Upload.
03. Isikan nama templat dan pilih jenis templat yang ingin dicipta, kemudian klik Start Design.
04. Di halaman berikut, anda boleh reka bentuk templat anda menggunakan widgets dan tags yang ada di menu sebelah kanan. Setelah selesai boleh klik butang save atau save & close.
05. Untuk kemaskini templat yang telah dicipta, boleh klik pada ikon dropdown arrow kebawah untuk paparan senarai menu yang ada.
Rujuk video tutorial berikut: