Sekiranya ingin cipta senarai subscribers yang sama dengan sedia ada, Anda boleh mengunakan fungsi salin untuk cipta senarai baru seperti yang sedia ada. Berikut adalah langkah langkahnya.
- Login ke akaun Mail Niaga
- Di bahagian menu atas, klik Audience/Mailing Lists

- Pilih senarai subscribers yang ingin anda salin dan klik pada ikon dropdown. Kemudian klik Copy.

- Setkan nama senarai subscribers, kemudian klik Copy.

- Senarai yang telah dicipta akan dipaparkan di Mailing List.

Rujuk video tutorial berikut: