Bagi membolehkan fungsi blasting email menggunakan domain sendiri, anda perlu sahkan domain penghantar terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk sahkan domain penghantar (Sending Domain).
Langkah 1:
Di bahagian dashboard Mail Niaga V2, klik pada menu Sending -> Sending Domain. Kemudian, klik pada New Sending Domain untuk tambah nama domain yang ingin digunakan.
Langkah 2:
Masukkan nama domain anda di ruangan Domain Name dan klik Save.
Langkah 3:
Masukkan rekod DNS yang disediakan di pengurusan domain anda. Setiap domain mungkin akan menggunakan pengurusan DNS domain yang berbeza (Contoh: Cloudflare, cPanel). Bagi yang menggunakan Cloudflare boleh rujuk dokumen Custom Domain : Tambah DNS ini.
Setelah selesai tambah kesemua rekod DNS yang disediakan, boleh klik Verify.