Apa itu Integromat?

Integromat merupakan satu platform yang menyediakan automasi proses yang anda lakukan sekarang secara manual. Ia bukan sahaja mampu untuk menghubungkan aplikasi malah dapat memindahkan dan mengubah data. Integromat dapat menjimatkan masa anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah setkan Integromat dan biarkan ia bekerja untuk anda.

Terdapat ratusan aplikasi dan servis yang boleh anda hubungkan menggunakan platform automasi Integromat ini. Bagi anda pengguna sistem newsletter kami (Sendy), anda boleh menggunakan sistem ini.

Berikut merupakan beberapa features yang ditawarkan oleh Sendy untuk kegunaan di Integromat.

  1. Add subscriber – Menambah subcriber baru ke list
  2. Unsubscribe user – Menghentikan langganan pengguna dari list
  3. Create campaign – Mencipta campaign newsletter
  4. Delete subscriber – Membuang subscriber dari list
  5. Get subscriber status – Mendapatkan status terkini subscriber
  6. Get active subscriber count – Dapatkan data subscriber yang aktif di dalam list

Persediaan untuk integrasi sistem newsletter dengan Integromat:

  1. Terdapat tiga perkara penting yang anda perlukan untuk menghubungkan sistem newsletter dan Integromat iaitu:
    • Host URL
    • API Key
    • List ID
  2. Untuk host URL tuan puan boleh masukkan “https://newsletter.aplikasiniaga.com
  3. Manakala untuk API Key, tuan puan harus hubungi kami untuk dapatkannya. API Key akan diberikan melalui WhatsApp.
  4. Untuk List ID, tuan puan boleh dapatkan daripada sistem newsletter seperti contoh dibawah.

Baca juga: Integrasi sistem WooCommerce dan newsletter (Sendy)