Bagi mengunakan custom domain bagi blast newsletter Mail Niaga V1, boleh rujuk langkah langkah berikut.

Langkah berikut adalah bagi pengurusan rekod DNS di Cloudflare, setiap panel pengurusan adalah agak berbeza.

  1. Dibahagian sebelah kiri anda klik pada DNS/Records. Klik pada “Add record” bagi tambah rekod DNS baru pada domain anda.
  2. Tambahkan rekod DKIM berikut seperti gambar dibawah, kemudian klik butang “Save“.
    Type : CNAME
    Name : dkim._domainkey
    Target/Value : dkim._domainkey.mailniaga.mx
  3. Tambah rekod DMARC berikut seperti gambar dibawah, kemudian klik butang “Save“.
    Type : CNAME
    Name : _dmarc
    Target/Value : _dmarc.mailniaga.mx
  4. Tambah rekod SPF berikut seperti gambar dibawah, kemudian klik butang “Save“.
    Type : TXT
    Name : @
    Target/Value : v=spf1 a mx include:spf.mailniaga.mx ~all
  5. Bagi yang menggunakan email Google Workspace boleh masukkan rekod SPF seperti berikut;
    Target/Value : v=spf1 a mx include:spf.mailniaga.mx include:_spf.google.com ~all
  6. Bagi yang menggunakan email Office 360 boleh masukkan rekod SPF seperti berikut;
    Target/Value : v=spf1 a mx include:spf.mailniaga.mx include:spf.protection.outlook.com ~all