Automasi emel membolehkan untuk emel dihantar secara berkala kepada subscribers (pelanggan) atau berdasarkan triggered condition yang diinginkan.
Berikut adalah contoh automasi untuk subscriber baru yang daftar ke Mailing List.
- Login ke akaun Mail Niaga V2.
- Di bahagian menu atas, klik pada Automations dan klik pada Add New Automation.
- Satu popup akan dipaparkan senarai automasi yang boleh disetkan. Untuk tutorial ini boleh pilih Welcome New Subscriber.
- Pilih Mailing List yang berkenaan. Untuk create Mailing List boleh rujuk disini.
- Sekiranya Mailing List terdapat fungsi segment boleh pilih atau boleh tinggalkan kosong untuk setkan kepada semua user di Mailing List tersebut. Kemudian klik Confirm.
- Setkan nama automasi anda. Kemudian klik Get Started.
- Berikut adalah paparan untuk setkan flow automation anda. Boleh klik pada ikon + seperti nombor 1 untuk setkan flow. Setelah selesai setkan flow yang anda inginkan boleh klik Save dan Go Back.
- Di bahagian hujung sebelah kanan automasi yang anda telah cipta sebentar tadi, klik pada ikon dropdown dan klik enable.
Rujuk video tutorial berikut: