# Aktifkan two-factor authentication (2FA)

> Lindungi akaun Mail Niaga dengan kod tambahan setiap kali log masuk, melalui e-mel atau aplikasi authenticator.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/two-factor-auth/

Two-factor authentication (2FA) meminta satu kod tambahan selepas password setiap kali anda log masuk ke console Mail Niaga. Jika password anda bocor, orang lain masih tidak dapat log masuk tanpa kod itu. Setiap pengguna perlu on-kan 2FA untuk log masuk mereka sendiri.

Anda boleh menerima kod melalui dua cara:

| Kaedah | Cara mendapatkan kod | Bila sesuai |
|---|---|---|
| **Email Verification** | Kod sekali guna dihantar ke e-mel anda setiap kali log masuk. | Paling mudah. Anda tidak perlukan aplikasi. |
| **Authenticator App** | Kod 6 digit daripada aplikasi seperti Google Authenticator atau Authy di telefon. | Lebih selamat, dan berfungsi tanpa e-mel. |

## On-kan 2FA

Buat langkah ini selepas anda log masuk.

1. Klik nama anda di bahagian bawah sidebar, kemudian klik **Account**.
2. Di menu kiri, klik **SECURITY & ACCESS** → **Two-Factor Auth**.
3. On-kan suis **Enable two-factor authentication**. Tetapan disimpan terus.

   *(Screenshot: Suis Enable two-factor authentication di page Two-Factor Authentication)*

4. Bahagian **Verification Methods** dipaparkan. Pastikan sekurang-kurangnya satu kaedah aktif. **Email Verification** biasanya sudah aktif.

   *(Screenshot: Bahagian Verification Methods dengan Email Verification dan Authenticator App)*

Console memaparkan mesej **Two-factor authentication enabled.** apabila 2FA di-on-kan.

## Sediakan aplikasi authenticator

Buat langkah ini jika anda mahu menggunakan kod daripada telefon. Anda perlukan aplikasi authenticator seperti Google Authenticator atau Authy.

1. Di kad **Authenticator App**, klik **Set up authenticator**.
2. Panel **Set Up Authenticator App** dipaparkan dengan kod QR.
3. Buka aplikasi authenticator di telefon anda, kemudian imbas kod QR itu. Jika anda tidak dapat mengimbas kod itu, taip kunci dalam **Manual entry key** ke dalam aplikasi.
4. Taip kod 6 digit daripada aplikasi dalam **Verification code**.
5. Klik **Verify & save**.

Kad **Authenticator App** kini menunjukkan **Configured** dan suisnya on. Untuk menggunakan telefon baru, klik **Reconfigure** dan ulang langkah ini.

> **Caution**
> Jangan kongsi kod QR atau **Manual entry key** dengan sesiapa. Jangan ambil screenshot. Sesiapa yang mempunyai kunci itu boleh menjana kod log masuk anda.

## Log masuk dengan 2FA

Selepas 2FA di-on-kan, proses log masuk mempunyai satu langkah tambahan.

1. Log masuk seperti biasa dengan e-mel dan password.
2. Pada page **Choose 2FA Method**, pilih cara untuk mendapatkan kod: **Send a verification code to your email** atau **Use Google Authenticator app**.
3. Taip kod daripada e-mel atau aplikasi.
4. Klik **Verify** (kod e-mel) atau **Authenticate** (kod aplikasi).

Jika kod e-mel tidak sampai, klik **Resend the verification code**. Untuk menukar cara, klik **Select different method**.

## Off-kan 2FA

Buka **Two-Factor Auth** semula dan off-kan suis **Enable two-factor authentication**. Tetapan disimpan terus, dan console memaparkan **Two-factor authentication disabled.** Log masuk seterusnya hanya meminta password. Jika anda on-kan 2FA semula nanti, semak **Verification Methods** sekali lagi. Kaedah yang aktif turut di-off-kan bersama suis utama.

## Tips

- **On-kan kedua-dua kaedah.** Jika telefon hilang, anda masih boleh log masuk dengan kod e-mel.
- **Minta setiap ahli pasukan on-kan 2FA sendiri.** 2FA ditetapkan untuk setiap pengguna, bukan untuk seluruh akaun.

## Isu biasa

### Bagaimana saya log masuk jika telefon yang mempunyai aplikasi authenticator hilang?

Jika Email Verification juga on, klik Select different method di page kod, kemudian pilih kod melalui e-mel. Jika tidak, hubungi team sokongan Mail Niaga.

### Kenapa kod 6 digit daripada aplikasi ditolak?

Kod berubah setiap 30 saat. Taip kod yang terbaru. Pastikan juga waktu pada telefon anda ditetapkan secara automatik. Jika kod salah semasa log masuk, console memaparkan mesej The entered code is invalid. Semasa anda menyediakan aplikasi, mesejnya ialah Invalid verification code. Please try again.

### Apa yang perlu saya buat jika kod e-mel tidak sampai?

Semak folder spam atau promotions. Kemudian klik Resend the verification code di page kod untuk mendapatkan kod baru.
