# Copy kempen (Replicate)

> Copy kempen sedia ada sebagai draf baru dengan Replicate, kemudian ubah salinan itu sebelum anda melancarkannya.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/duplicate-campaign/

**Replicate** membuat salinan kempen sedia ada sebagai draf baru. Gunakan cara ini apabila anda mahu menghantar e-mel yang hampir sama dengan kempen lama, contohnya newsletter bulanan. Anda tidak perlu menyediakan semuanya dari awal.

## Copy kempen

Anda boleh copy kempen draf atau kempen yang sudah dihantar.

1. Klik **Campaigns** → **Email**.
2. Klik anak panah di sebelah butang **Edit**, **View** atau **A/B Setup** pada baris kempen itu.
3. Klik **Replicate**.

*(Screenshot: Menu baris kempen dengan item Replicate ditanda)*

4. Dalam popup **Replicate campaign**, tukar nama dalam **Campaign name**. Console mengisi "Copy of" diikuti nama kempen asal.
5. Klik **Copy campaign**.

*(Screenshot: Popup Replicate campaign dengan Campaign name dan butang Copy campaign)*

Popup itu menerangkan bahawa salinan disimpan sebagai draf baru, dan anda boleh mengubahnya sebelum menghantar. Salinan baru dipaparkan dalam senarai kempen dengan status **New**.

## Apa yang di-copy

Popup **Replicate campaign** menyatakan bahawa salinan membawa template e-mel, subjek, maklumat pengirim, tetapan tracking dan list penerima. Ini senarai penuhnya:

- template e-mel dan preheader
- subjek, nama pengirim, e-mel pengirim dan reply-to
- tetapan tracking open dan click, dan DKIM
- list dan segment penerima, termasuk list yang dikecualikan
- waktu penghantaran (sending hours)

Statistik, log penghantaran dan tarikh hantar kempen asal tidak di-copy. Lampiran dan webhook kempen mungkin tidak di-copy ke salinan. Semak kedua-duanya sebelum anda menghantar kempen.

## Ubah salinan sebelum dihantar

Salinan ialah draf biasa. Ikut langkah ini sebelum anda melancarkannya:

1. Klik **Edit** pada baris salinan itu.
2. Semak list penerima dalam langkah **Recipients**.
3. Tukar subjek dalam langkah **Setup**. Dengan itu, subscriber tidak keliru dengan e-mel lama.
4. Kemas kini kandungan e-mel dalam langkah **Template**.
5. Pilih masa hantar dalam langkah **Schedule**. Kemudian semak setiap baris dalam langkah **Confirm** sebelum anda klik **Launch Campaign**.

## Tips

- **Beri nama yang jelas kepada salinan.** Contohnya "Newsletter Disember 2026". Nama yang jelas memudahkan anda mencari salinan itu dalam senarai kempen.
- **Hantar e-mel ujian dahulu.** Link dan tarikh dalam kandungan lama mudah terlepas pandang.

## Isu biasa

### Adakah salinan kempen terus dihantar?

Tidak. Salinan disimpan sebagai draf baru dengan status New. Salinan itu hanya dihantar apabila anda membukanya dan klik Launch Campaign.

### Kenapa saya tidak dapat copy kempen?

Pelan anda ada had bilangan kempen. Apabila had itu sudah dicapai, console tidak membuat salinan dan menunjukkan mesej had pelan. Padam kempen lama yang tidak diperlukan, atau tukar pelan.

### Adakah laporan kempen asal turut di-copy ke salinan?

Tidak. Salinan bermula tanpa statistik. Laporan kempen asal kekal pada kempen asal.
