# Copy list

> Copy list dalam console Mail Niaga untuk menggunakan semula tetapan, list field dan template. Subscriber tidak di-copy.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/copy-list/

Copy list apabila anda mahu list baru dengan tetapan, list field dan template yang sama seperti list sedia ada. Contohnya, anda mahu list untuk webinar tahun depan yang sama seperti list webinar tahun ini.

> **Caution**
> Salinan **tidak** mengandungi subscriber. List baru bermula dengan 0 subscriber. Untuk copy atau memindahkan subscriber ke list lain, gunakan [tindakan pukal](https://docs.mailniaga.com/ms/subscriber-bulk-actions/) **Copy to** atau **Move to** di page subscriber.

## Copy list

Ikut langkah ini dalam console Mail Niaga:

1. Klik **Audience** → **Lists**.
2. Klik butang **...** pada baris list yang anda mahu copy.
3. Klik **Copy**.

   *(Screenshot: Menu baris list dengan pilihan Copy ditanda)*

4. Dalam popup **Copy list**, isi **New list name**. Nama default ialah "Copy of" diikuti nama list asal.
5. Di bahagian **Templates to copy**, off-kan template yang anda tidak mahu copy (lihat di bawah).
6. Klik **Copy list**.

   *(Screenshot: Popup Copy list dengan nama list baru, senarai Templates to copy dan butang Copy list ditanda)*

Selepas list di-copy, console menunjukkan "List copied successfully" dan list baru muncul di page **Lists**.

## Apa yang di-copy

Salinan list mengandungi perkara berikut:

| Perkara | Di-copy? |
|---|---|
| Tetapan list (nama pengirim, e-mel pengirim, **Double opt-in** dan lain-lain) | Ya |
| List field, termasuk pilihan bagi **Dropdown** dan jenis lain | Ya |
| Template borang dan e-mel list | Ya. Template default sistem menggantikan template yang anda off-kan di **Templates to copy**. |
| Subscriber | Tidak |
| Segment | Tidak |

## Templates to copy

Bahagian **Templates to copy** ada 13 template list. Setiap template ada suis sendiri dan penerangan pendek di bawah namanya. Semua suis on secara default.

| Kumpulan | Template |
|---|---|
| Langganan | **Public signup page**, **Confirmation page**, **Confirmation email**, **Thank-you page**, **Welcome email** |
| Unsubscribe | **Unsubscribe form**, **Success page**, **Goodbye email**, **Unsubscribe notification** |
| Kemas kini profil | **Update email**, **Update form**, **Success page**, **Email sent page** |

Off-kan suis jika anda mahu list baru menggunakan template default sistem. Jika suis on, list baru menggunakan versi yang anda ubah dalam list lama.

## Isu biasa

### Kenapa list yang di-copy tiada subscriber?

Copy list hanya meng-copy tetapan, list field dan template. Subscriber tidak di-copy. Untuk memindahkan subscriber ke list lain, gunakan tindakan pukal Copy to atau Move to di page subscriber.

### Adakah segment juga di-copy?

Tidak. List baru bermula tanpa subscriber dan tanpa segment. Cipta semula segment yang anda perlukan.

### Kenapa saya tidak dapat copy list?

Salinan dikira sebagai list baru. Jika bilangan list anda sudah mencapai had pelan, console tidak akan mencipta salinan itu.
