# Hentikan pembaharuan automatik atau batalkan langganan

> Beza antara Disable recurring dan Cancel subscription dalam console Mail Niaga, dan apa yang berlaku kepada langganan dan kredit anda.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/cancel-subscription/

Ada dua cara untuk berhenti melanggan Mail Niaga. **Disable recurring** menghentikan pembaharuan automatik, dan langganan kekal aktif sehingga akhir tempoh semasa. **Cancel subscription** membatalkan langganan anda. Jika anda hanya mahu berhenti membayar untuk tempoh seterusnya, pilih **Disable recurring**. Anda boleh on-kan semula pembaharuan automatik itu kemudian.

Kedua-dua butang ada di kad **Your subscription** pada page **Subscription & Credits**. Untuk membuka page itu, klik nama anda di bahagian bawah sidebar, kemudian klik **Subscription & credits**.

*(Screenshot: Butang Disable recurring dan Cancel subscription di kad Your subscription)*

## Hentikan pembaharuan automatik

Ikut langkah ini supaya langganan tidak diperbaharui pada tarikh bil seterusnya.

1. Di kad **Your subscription**, klik **Disable recurring**.
2. Dialog **Are you sure?** akan dibuka dengan mesej "Disable recurring billing? Your subscription will cancel at the end of the current period."
3. Klik **Disable recurring** untuk mengesahkan. Untuk kembali tanpa mengubah apa-apa, klik **Cancel**.

   *(Screenshot: Dialog Are you sure? untuk Disable recurring, dengan butang Disable recurring ditanda)*

Selepas itu, **Recurring billing** bertukar kepada **Disabled**. Kad **Your subscription** menunjukkan tarikh langganan anda akan tamat.

Untuk on-kan semula pembaharuan automatik sebelum tarikh itu, klik **Enable recurring** di kad yang sama.

## Batalkan langganan

Gunakan langkah ini hanya jika anda pasti mahu membatalkan langganan.

1. Di kad **Your subscription**, klik **Cancel subscription**.
2. Dialog **Are you sure?** akan dibuka dengan mesej "Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose access at the end of the current billing period."
3. Klik butang merah **Cancel subscription** untuk mengesahkan.

   *(Screenshot: Dialog Are you sure? untuk Cancel subscription, dengan butang merah Cancel subscription ditanda)*

> **Caution**
> Dialog ini ada dua butang dengan nama yang hampir sama. **Cancel** hanya menutup dialog. Butang merah **Cancel subscription** pula membatalkan langganan.

## Apa yang berlaku kepada kredit & data anda

Kredit yang anda beli kekal dalam akaun anda dan tidak luput, walaupun langganan tamat. Anda perlukan pelan yang aktif untuk menggunakan kredit itu semula. Untuk melanggan semula, pilih pelan di page **Choose a Plan**. Lihat [Pilih atau tukar pelan](https://docs.mailniaga.com/ms/change-plan/).

Anda mungkin ada soalan tentang list, subscriber dan kempen anda selepas langganan tamat. Jika ya, hubungi team sokongan Mail Niaga sebelum anda membatalkan langganan.

## Tips

- **Pilih Disable recurring jika anda belum pasti.** Langganan kekal aktif sehingga akhir tempoh, dan anda boleh on-kan semula pembaharuan automatik dengan **Enable recurring**.
- **Muat turun invois anda sebelum membatalkan langganan.** Simpan invois untuk rekod syarikat. Lihat [Langganan dan kredit anda](https://docs.mailniaga.com/ms/subscription-credits/).

## Isu biasa

### Adakah langganan saya sudah dibatalkan selepas saya klik Cancel dalam dialog?

Tidak. Butang Cancel dalam dialog Are you sure? hanya menutup dialog itu. Langganan dibatalkan hanya jika anda klik butang merah Cancel subscription dalam dialog itu.

### Apa yang berlaku kepada kredit yang saya beli?

Kredit yang anda beli kekal dalam akaun anda dan tidak luput. Tetapi anda perlukan pelan yang aktif untuk menggunakan kredit itu semula. Lihat Pilih atau tukar pelan (/ms/change-plan/).

### Boleh saya on-kan semula pembaharuan automatik selepas saya menghentikannya?

Boleh, selagi langganan belum tamat. Di kad Your subscription, klik Enable recurring.
